CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 10, 2009

TUGASAN 4: PROJEK MINI KAJIAN TINDAKAN A (BERPASUKAN)

Tugasan 4


Mini Kajian Tindakan (Bahan Maujud)

KULIAH 10 : ANALISA DATA

Kuliah 10 Analisa Data

KULIAH 9: PENGUMPULAN DATA

Kuliah 9 - Pengumpulan Data

Tuesday, May 26, 2009

AKTIVITI 5

Proposal Kajian Tindakan

AKTIVITI 4

Aktiviti 4

Monday, May 25, 2009

ARTIKEL JURNAL KETIGA

Artikel Jurnal 3

ARTIKEL JURNAL KEDUA

Artikel Jurnal 2

ARTIKEL JURNAL PERTAMA

Artikel Jurnal 1

Saturday, May 23, 2009

TUGASAN 2: ULASAN DAN ANALISIS ARTIKEL JURNAL KAJIAN TINDAKAN (INDIVIDU)

Tugasan 2- Ulasan Dan Analisis Artikel

TUGASAN 3: LAPORAN SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU

LAPORAN SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU

TUGASAN 1: ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

TUGASAN 1

Wednesday, May 13, 2009

KULIAH 4: KAJIAN KEPUSTAKAAN / TINJAUAN LITERATUR

  • Kajian tindakan tiada hipotesis.
  • Guru meneliti / menyelidik/mengkaji (cth: Masalah disiplin: Merempit sebab bosan dengan P&P yang di ajar oleh sekolah – bermula daripda kelas)secara sistematik ke atas amalan bagi tujuan
  • Penambahbaikan (bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat
    dipertingkatkan dan member impak kepada pelajar) –
    cth: bw pelajar pergi ke
    hospital supaya insaf apabila melihat pesakit yang terlibat dengan merempit.
    Akibat dan musibah.
  • Perkembangan professional.
    • Kajian ada 2 jenis:
      • Experimental dan
      • Tinjauan @ Survey.

    MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN

    • Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan criteria spt: cirri, sifat, kualiti, dan unsur sesuatu objek @ peristiwa.
    • Merupakan kemahiran berfikir yang membolehkan kita mencari pelbagai persamaan dan perbezaan antara dua objek, perisiwa, organism, institusi dan idea berdasarkan aspek-aspek tertentu.
    • Cara ini kita dapat tahu sesuatu perkara yang kurang jelas supaya menjadi lebih jelas.

    MENGANALISIS

    • Mengolah maklumat dgn menghuraikan kpd bhgn y lbh kecil bg memahami sstu konsep @ peristiwa serta mencari makna y tersirat.
    • Kemahiran ini digunakan utk mengenali bhgn2, mamahami hubung kaitantara bhgn dan mengenali prinsip y terlibat.Menganalisis ialah suatu kemahiran y kompleks menggunakan bbrpa cirri kemahiran berfikir.

    MENILAI

    • Membuat pertimbangan ttg sstu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdsrkan bukti dalil y sah.
    • Kemahiran ini digunakan utk membat keputusan bg:
    • Memilih Sesuatu
    • Trima @ tolak sstu idea.

    MEMBUAT KESIMPULAN

    • Membuat peryataan ttg hasil sstu kajian y berdasarkan kpd sstu hipotesis @ mengukuhkan sstu perkara berdasrkan penyiasatan.
    • Kemahiran ini digunakan utk mbuat keputusan, menerangkan ssutu, meramal, dan menyokong pernyataan.

    MENSINTESIS

    • Menggabungkan idea, unsure, item & perkara y berasingan utk menghasilkan gambaran y menyeluruh.

    Saturday, May 9, 2009

    KULIAH 3: PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

    KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
    • Bidang Pendidikan telah, sedang & akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan Dimana perubahan di dalam pendidikan tidak dapat dielakkan.
    • Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian.
    • Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda

    JENIS-JENIS PERUBAHAN

    • Perubahan ke arah Peningkatan.
    • Perubahan Strategik Organisasi.
    • Perubahan Reaktif.
    • Perubahan Akibat daripada Jangkaan.

    PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

    Perubahan dikaitkan dengan :

    • Evolusi : Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.
    • Revolusi : Perubahan yang pantas yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

    PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI

    • Tujuan Perubahan: Penambahbaikan.
    • Unit Perubahan : Fokus utama perubahan yang dirancang yang terdiri daripada (individu/kumpulan/pasukan/jabatan/organisasi/sistem organisasi/komuniti)
    • Sifat Perubahan : Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku @ dua-dua sekali.
    • Magnitud Perubahan: Sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan.
    • Skop Perubahan : Skop terhadap sejauhmana penambahbaikkan @ inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.
    • Jangkamasa Perubahan : Perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara.

    MODEL-MODEL PERUBAHAN

    • Model penggabungan roger
    • Model kanter
    • Model rand
    • Model acot

    AKTIVITI 3

    PENENTANG PERUBAHAN (TUGASAN KUMPULAN)

    Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.


    SEBAB-SEBAB

    • berbeza pendapat & sukar menerima pendapat orang lain
    • tiada toleransi & persefahaman
    • malas berfikir
    • tidak sukakan perubahan / lebih suka statik tak berubah atau selesa begitu
    • berfikiran sempit
    • tidak sukakan cabaran & risiko
    • perubahan itu menentang & tidak sama dengan adat serta nilai kehidupannya
    • perubahan itu tidak relevan & tidak bersesuaian dengan persekitaran

    PENYELESAIAN:

    • belajar menerima pendapat orang lain & fikirkan bahawa setiap perubahan yang dikemukakan sebelum menentang
    • wujudkan kerjasama & tingkatkan pengetahuan dengan cara mencari maklumat dengan lebih mendalam
    • mendidik jiwa supaya rajin berfikir & sentiasa berpandangan positif
    • belajar menerima & mendidik diri untuk melakukan perubahan serta menilai perubahan itu yang mempunyai kebaikan dan keburukannya
    • sentiasa mengembangkan pemikiran dan berfikiran luar dari kotak supaya pemikiran tidak terkongkong
    • berani menghadapi cabaran & mewujudkan persaingan yang sihat
    • menilai dahulu perubahan tersebut sebelum ditolak bulat-bulat
    • mengkaji terlebih dahulu perubahan tersebut & mengkaji semula perubahan selepas dilakukan dilaksanakan supaya ia relevan dan sesuai dengan persekitaran.

    AHLI KUMPULAN:

    • SITI ZUBAIDAH (KETUA)
    • SITI HALIMAH (PENCATAT)
    • SURYATEE (PEMBENTANG)

    AKTIVITI 2

    REFLEKSI KUMPULAN
    MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM
    TAJUK : KEAGUNGAN DAN KEKUASAAN ALLAH S.W.T
    TINGKATAN : SATU
    KELEMAHAN:
    • Guru hanya menggunakan kaedah kuliah, bercerita, perbincangan, soal jawab diantara pelajar dan guru dan pembelajaran adalah berpusatkan guru.
    • Pengajaran hanya berpandukan buku teks semata-mata. Tidak menggunakan rujukan tambahan yang lain.
    • Tidak menggunakan bahan bantu mengajar yang lain seperti kertas mahjung, kertas manila kad, multimedia dan sebagainya. Guru tidak menggunakan papan hitam untuk menulis atau melukis gambar rajah.
    • Guru tidak kreatif dan menganggap murid faham dengan apa yang disampaikannya itu.
    • Pelajar sukar untuk memahami situasi sebenar apakah kekuasaan Allah kerana hanya dapat menggambarkan tetapi tidak dapat melihat dan merasa sendiri setiap ciptaan Allah itu.
    • Pelajar hanya mengetahui tentang teori berkenaan tajuk ini dan berkemungkinan untuk salah tafsir maksud guru itu adalah besar.

    PENAMBAHBAIKAN:

    • baiki kaedah P&P.
    • menggunakan bbm yang bersesuaian cth: Power point/ video.
    • guru memantau pemahaman pelajar dengan cara soal jawab/ kerja berkumpulan.
    • guru sentiasa muhasabah diri.

    STRATEGI PERLAKSANAAN:

    • guru membawa pelajar keluar kelas, menyentuh, melihat dan mencari benda-benda maujud (daun, rumput, kucing)
    • menggalakkan pelajar berfikir secara kbkk dan memberikan pendapat.
    • mengadakan lawatan bersama pelajar dan meminta pelajar.

    Nama ahli kumpulan :

    • Siti Zubaidah (Ketua)
    • Siti Halimah (Pencatat)
    • Suryatee (Pembentang)

    AKTIVITI 1

    REFLEKSI KENDIRI SELEPAS BIG II

    REFLEKSI KE ATAS MASALAH DALAM DIRI

    Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri

    • Mempertingkatkan pengurusan masa
    • Mempertingkatkan kerjasama kumpulan
    • mempertingkatkan komunikasi diantara satu sama lain.
    • Mempertingkatkan keyakinan diri dan kumpulan.

    Rancang pelan tindakan untuk menambahbaik

    Matlamat

    Melahirkan guru insan pendidik.

    Objektif

    • Memperbaiki pengurusan masa
    • Memotivasikan diri bekerja berkumpulan
    • Memperbaiki komunikasi di antara satu sama lain
    • Memperbaiki keyakinan diri supaya lebih berani

    Pelan Tindakan

    Langkah-Langkah

    • Membuat jadual pengurusan masa belajar, tugasan, aktiviti, keluarga, dan peribadi.
    • Berusaha mematuhi jadual yang telah dibuat.
    • Berusaha untuk bekerja berkumpulan sebaik-baiknya supaya diri tidak tertindas.
    • Berani menyuarakan pendapat sekiranya di fikirkan baik untuk diri sendiri dan orang lain.

    Pengumpulan Data

    • Buat senarai semak untuk muhasabah diri dan perkara yang perlu dilakukan.
    • Meminta refleksi dari kawan-kawan.
    • Meminta refleksi daripada keluarga dan orang yang terdekat.

    Pemantauan

    • Menandakan setiap senarai semak yang telah dirancang.
    • Memuhasabahkan diri sebelum tidur.
    • Meminta bantuan rakan dan orang terdekat untuk mengingatkan diri supaya diri tidak alpa.

    Penilaian

    • Memeriksa senarai semak sebelum tidur.
    • Merefleksikan kembali apa yang telah dilakukan sepanjang hari dan perkara apa yang tidak dilakukan seperti yang dirancangkan.
    • Berusaha memenuhi perkara yang dirancangkan supaya perkara itu tidak tertangguh dan tergendala.

    Friday, May 1, 2009

    KULIAH 2: REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

    PERBANDINGAN GELUNG KAJIAN TINDAKAN DENGAN GELUNG INTERAKSI



    "Action Research Cycle" - Kemmis & McTaggart(1998)

    Model ini relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan amalan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran.


    Model ini mempunyai 4 elemen:
    1. Merancang

    2. Bertindak
    3. Memerhati

    4. Mereflek


    Model of Action Research Elliott (1991)

    Model ini menekankan evolusi yang berterusan dan mengulang kembali erti tujuan yang asli melalui rangkaian "reconnaissance".









    Model Coghlan & Brannick, (2001)






    Progressive Problem Solving with Action Research


    KULIAH 1: KAJIAN TINDAKAN - SATU PENGERTIAN

    PENGERTIAN KAJIAN TINDAKAN
    Elliot & Adelman (1976)

    Kajian tindakan sebagai penyelidikan yang beusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru, merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan memperbaiki amalan guru.

    Elliot (1981)

    Kajian tindakan adalah rangka bagi menilai kendiri di sekolah yang mana ia mementingkan amalan refleksi dan inkuiri. Konsep ini dapat diperluaskan kepada menambahbaik amalan kendiri dalam sebarang situasi sosial.

    Carr & Kemmis (1986)

    Kajian tindakan ialah suatu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri bagi memperbaiki dan memahami amalan serta situasi sosial. Bagi mereka kajian tindakan adalah rasional dalam menjustifikasi amalan-amalan sosial dan pendidikan.

    McNiff (1988)

    Kajian tindakan sebagai suatu pendekatan bagi memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis pada amalan-amalan itu dan bersedia mengubah amalan-amalan. Beliau juga menekankan aspek pelaksanaan inkuiri guru sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif sewaktu menjalankan kajian.

    • Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif.
    • Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca.
    • Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.
    • Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.

    Dalam K.ajian Tindakan, guru sebagai penyelidik mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.


    Apabila seseorang guru mengamalkan Kajian Tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat.


    Kajian Tindakan memperlihatkan pengembangan guru sebagai sesuatu yang mengarah dari bawah ke atas (bottom-up) dan bukan dari atas ke bawah (top-down). Model penjana pengetahuan (knowledge-generating model) mengandaikan bahawa kemajuan dalam latihan pendidikan perlulah berasaskan pada pandangan dan pengalaman guru sendiri. Model ini menekankan peranan guru sendiri sebagai model utama kajian tanpa menerima tekanan atau arahan dari pihak atasan. Dapatan dari kajian diterima sebagai sebahagian daripada percambahan idea dalam bidang yang dikaji.

    KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN
    PENGEMBANGAN PROFESIONALISME GURU
    Kajian tindakan berupaya mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang yang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintis jalan bagi menangani pelbagai masalah P&P.
    MENINGKATKAN KEBERKESANAN AMALAN MENGAJAR

    Peningkatan keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid-murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis data guru mengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih berkesan. Proses mengutip data dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi murid.
    PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN USAHA BERPASUKAN
    Perkongsian dapatan kajian penting kerana melalui ini, guru-guru lain boleh menggunakan dapatan kajian sebagai rujukan bagi melaksanakan kajian atau amalan mereka sendiri apabila didapati membawa kepada sesuatu yang positif dari segi kuantiti @ kualiti.
    MENJALANKAN PENYELIDIKAN PENGAJARAN DENGAN SISTEMATIK
    Kajian dijalankan semasa guru mengajar dengan menggabungjalinkan ciri-ciri penyelidikan seperti mengumpul data tentang pengajaran dan selepas itu menganalisis data tersebut.
    TUJUAN KAJIAN
    Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara logik, seorang murid dianggap berjaya menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran apabila berjaya mendapat markah tinggi dalam sebarang penilaian bagi mata pelajaran tersebut. Dalam konteks pencapaian akademik, murid tersebut juga dianggap cemerlang dalam mata pelajaran itu.

    Sesuatu Kajian Tindakan yang bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Contohnya:
    • Membantu murid belajar dengan berkesan melalui pengajaran yang berkesan.
    • Membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan berkesan melalui bimbingan guru yang berkesan.

    Contoh di atas boleh dijadikan tujuan kajian tindakan untuk dilaksanakan oleh seorang guru dalam satu kelas, atau untuk semua guru dalam satu sekolah bagi satu atau semua mata pelajaran atau pelbagai mata pelajaran. Kajian itu boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun atau untuk beberapa tahun.


    Pelaksanaan Kajian Tindakan untuk satu atau beberapa tahun sesi persekolahan pastilah mengandungi beberapa pusingan atau kitaran mengikut masalah-masalah yang hendak ditangani. Tiap-tiap kitaran kajian mengandungi tujuan khusus berkaitan dengan satu-satu masalah atau kemahiran yang cuba ditangani.Contohnya:

    • Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca Al-Quran.
    • Meningkatkan kefahaman murid tentang hukum-hukum tajwid.

    Selain daripada bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.

    JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN
    1. Individu: memfokuskan isu-isu berbangkit di dalam bilik darjah.
    2. Kolaboratif: melibatkan 2 orang atau lebih guru dalam menyelesaikan masalah samada dari bidang yang sama atau tidak atau melibatkan beberapa buah kelas tetapi hanya guru dan kelas di dalam sekolah tersebut sahaja.
    3. Sekolah: melibatkan satu isu diperingkat sekolah (luar bilik darjah) dengan penglibatan kakitangan di sekolah.
    4. Daerah: kajian yang lebih luas melibatkan ramai guru dan pihak atasan serta melibatkan perbelanjaan yang besar.