CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 9, 2009

AKTIVITI 1

REFLEKSI KENDIRI SELEPAS BIG II

REFLEKSI KE ATAS MASALAH DALAM DIRI

Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri

  • Mempertingkatkan pengurusan masa
  • Mempertingkatkan kerjasama kumpulan
  • mempertingkatkan komunikasi diantara satu sama lain.
  • Mempertingkatkan keyakinan diri dan kumpulan.

Rancang pelan tindakan untuk menambahbaik

Matlamat

Melahirkan guru insan pendidik.

Objektif

  • Memperbaiki pengurusan masa
  • Memotivasikan diri bekerja berkumpulan
  • Memperbaiki komunikasi di antara satu sama lain
  • Memperbaiki keyakinan diri supaya lebih berani

Pelan Tindakan

Langkah-Langkah

  • Membuat jadual pengurusan masa belajar, tugasan, aktiviti, keluarga, dan peribadi.
  • Berusaha mematuhi jadual yang telah dibuat.
  • Berusaha untuk bekerja berkumpulan sebaik-baiknya supaya diri tidak tertindas.
  • Berani menyuarakan pendapat sekiranya di fikirkan baik untuk diri sendiri dan orang lain.

Pengumpulan Data

  • Buat senarai semak untuk muhasabah diri dan perkara yang perlu dilakukan.
  • Meminta refleksi dari kawan-kawan.
  • Meminta refleksi daripada keluarga dan orang yang terdekat.

Pemantauan

  • Menandakan setiap senarai semak yang telah dirancang.
  • Memuhasabahkan diri sebelum tidur.
  • Meminta bantuan rakan dan orang terdekat untuk mengingatkan diri supaya diri tidak alpa.

Penilaian

  • Memeriksa senarai semak sebelum tidur.
  • Merefleksikan kembali apa yang telah dilakukan sepanjang hari dan perkara apa yang tidak dilakukan seperti yang dirancangkan.
  • Berusaha memenuhi perkara yang dirancangkan supaya perkara itu tidak tertangguh dan tergendala.

0 comments: