REFLEKSI KUMPULAN
MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK : KEAGUNGAN DAN KEKUASAAN ALLAH S.W.T
TINGKATAN : SATU
KELEMAHAN:
- Guru hanya menggunakan kaedah kuliah, bercerita, perbincangan, soal jawab diantara pelajar dan guru dan pembelajaran adalah berpusatkan guru.
- Pengajaran hanya berpandukan buku teks semata-mata. Tidak menggunakan rujukan tambahan yang lain.
- Tidak menggunakan bahan bantu mengajar yang lain seperti kertas mahjung, kertas manila kad, multimedia dan sebagainya. Guru tidak menggunakan papan hitam untuk menulis atau melukis gambar rajah.
- Guru tidak kreatif dan menganggap murid faham dengan apa yang disampaikannya itu.
- Pelajar sukar untuk memahami situasi sebenar apakah kekuasaan Allah kerana hanya dapat menggambarkan tetapi tidak dapat melihat dan merasa sendiri setiap ciptaan Allah itu.
- Pelajar hanya mengetahui tentang teori berkenaan tajuk ini dan berkemungkinan untuk salah tafsir maksud guru itu adalah besar.
PENAMBAHBAIKAN:
- baiki kaedah P&P.
- menggunakan bbm yang bersesuaian cth: Power point/ video.
- guru memantau pemahaman pelajar dengan cara soal jawab/ kerja berkumpulan.
- guru sentiasa muhasabah diri.
STRATEGI PERLAKSANAAN:
- guru membawa pelajar keluar kelas, menyentuh, melihat dan mencari benda-benda maujud (daun, rumput, kucing)
- menggalakkan pelajar berfikir secara kbkk dan memberikan pendapat.
- mengadakan lawatan bersama pelajar dan meminta pelajar.
Nama ahli kumpulan :
- Siti Zubaidah (Ketua)
- Siti Halimah (Pencatat)
- Suryatee (Pembentang)
0 comments:
Post a Comment