CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 9, 2009

KULIAH 3: PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
  • Bidang Pendidikan telah, sedang & akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan Dimana perubahan di dalam pendidikan tidak dapat dielakkan.
  • Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian.
  • Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda

JENIS-JENIS PERUBAHAN

  • Perubahan ke arah Peningkatan.
  • Perubahan Strategik Organisasi.
  • Perubahan Reaktif.
  • Perubahan Akibat daripada Jangkaan.

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

Perubahan dikaitkan dengan :

  • Evolusi : Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.
  • Revolusi : Perubahan yang pantas yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI

  • Tujuan Perubahan: Penambahbaikan.
  • Unit Perubahan : Fokus utama perubahan yang dirancang yang terdiri daripada (individu/kumpulan/pasukan/jabatan/organisasi/sistem organisasi/komuniti)
  • Sifat Perubahan : Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku @ dua-dua sekali.
  • Magnitud Perubahan: Sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan.
  • Skop Perubahan : Skop terhadap sejauhmana penambahbaikkan @ inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.
  • Jangkamasa Perubahan : Perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara.

MODEL-MODEL PERUBAHAN

  • Model penggabungan roger
  • Model kanter
  • Model rand
  • Model acot

0 comments: